Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Friday 20 June 2014

RAMADHAN TAHUN INI

Ramadhan
Adakah kau bakal menyapaku
Sedang hatiku kaku
Biar Syaaban pergi berlalu

Kata pujangga
Tunggulah Ramadhan dengan rindu
Hiaskan jiwa kecilmu
Tinggikan semangat padu
Tarbiahkan hati selalu
Sebelum sampai waktu

Biar Ramadhan itu meriah
Biar amalan itu terserlah
Biar dipandang indah
Biar cantik di sisi Allah

Ramadhan
Menunggu ku setia
Sehingga detik menjelma
Namun rindu tak disapa
Tewas di hari pertama

Sahurku hidangan tersusun
Subuh lewatku bangun
Iftar terus ku hanyut
Terawih tidak ku sahut

Apakah ku terus begini?
Hingga hilang izzah Ramadhan
Bermalasan manjakan diri
Bila ku ingin perubahan?

Kali ini
Pastikan azam bersemi
Lengkapkan perisai diri
Sambut Ramadhan dengan jiwa suci

Kerana sedar redhaNya dicari
Kerana pasti bila-bila masa dirikan mati
Kerana yakin syurga Allah menanti

Istimewa ku dedikasi
Untuk jiwa yang berjanji
Sebagai khalifah hidup di bumi
Semaikan takwa dan patuhkan Ilahi.

~salam Ramadhan 21/6/2014~


No comments:

Post a Comment