Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Saturday 21 June 2014

SUBUH ESOK UNTUKKU

Pejam mataku terpegun dengan keindahan 
Mengorak diri ke halaman dunia
Debu-debu galak menyapa jasad
Menipu diri penuh rahsia

Adakalanya ku lena tanpa jaga
Mencari nikmat hidup sementara
Menghanyutkan jiwa ke lembah dosa
Hati nan lemas sepi tanpa cintaNya

Jiwa sering berkata
Bebaslah engkau mengharap cinta yang Esa
Gapailah kasih pencipta cakerawala
Tundukkan diri mencari makrifah mulia

Namun...
Nafsu sering meronta
Mengikut telunjuk syaitan durjana
Bermain-main dengan kehidupan dunia
Sementara nyawa belum bersisa

Alam yang indah ku renung lagi
Sezarrah hidayah menjengah naluri
Istiqamah ku damba di ufuk sanubari
Agar keimanan merantai diri

Sedang sujud akhir aku terasa 
Kerdilnya diri hanya khalifah dunia
Air mata mengalir senyap tanpa rupa
Hati mula bersuara

Wahai Tuhan yang Maha Mulia
Lenakan aku dengan hamparan takwa
Hiasilah jagaku dengan anyaman rindu 
Moga duniaku tak sunyi lagi dengan irama
doa yang syahdu

Dan kala subuh ini
Degup jantungku bergema lagi
Isyarat tanda Tuhan menyayangi
Agar nafas terakhir kurniaan Ilahi
Seiring dengan kalimah yang sunyi

ALLAHU AKBAR


~repost~          



No comments:

Post a Comment