Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Friday 20 June 2014

Sahabat Hingga Syurga

Saat ku kenal dirimu
Lidahku menjadi kelu
Bahasaku terbias baku
Kekok gerakan melulu

Tidur sebantal senyap membisu
Makan setalam penuh santun
Memandangmu tersipu malu
Sunyi dan sepi saat menonton


Sekian lama baru ku sedar
Wajah sebenar dirimu tiba
Menjelma satu persatu terlakar
Walau beberapa bulan baru bersua

Setiap hari berjanji temu
Pelbagai perkara kita rancangkan
Memasak, berkelah rutin selalu
Cuba membina sebuah kesempurnaan


Dalam sempurna tetap ada yang terluka
Terbit gurauan menikam jiwa
Walau tidak sengaja meluah rasa
Kadang tidak peduli apa yang dikata


Tapi kita tetap bersama
Adik, kakak bagai keluarga
Kerana di sisi kita tiada sesiapa
Bisa memujuk gundah di jiwa

Saat amarahku, kau diam kaku
Bila bentakku, kau diam membisu
Luahanku pasti kau dengar
Keindahanku sentiasa kau sebar


Itulah kita
Bisa bicara berdua
Walau tiada kata menjelma
Walau hanya hati berkata 

Tapi kini kita jauh terpisah
Saat berlalu janganlah kau resah
Ku bawa jasad tapi hati ditinggal
Walau secebis kenangan ku pastikan kekal 

No comments:

Post a Comment