Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Tuesday 1 November 2016

Hati Tua

Hati tua yg berdenyut cinta
Tak penat kah engkau menikam jiwa

Biar dirimu terpaut derita
Pasak hatimu bersulam hiba
Asal anakmu dijunjung mulia

Hati tua yg tabah perkasa
Sampai bila engkau perlu berduka
Asuh bayimu hingga bahagia
Siapkan anakmu bak puteri raja
Akhirnya kasihmu sering tak terbela

Hati tua
Engkaulah milik sang bonda sesiapa
Biar aku datang bawa bahagia
Biar aku sahaja penganti airmata

Hati si tua yang kosong
Usah risau sunyi membusung

Biar dunia senyap gelita
Akan aku riuhkan dgn hilai bahagia
Biar langkah kaki sepi tak berbunyi
Aku akan datang padamu berlari

Jujur airmata mengalir laju
Kerna aku juga punya Ibu
Yg tangisannya sudah beku
Namun masih mengerti sunyi dan lara
Masih fahami erti rindu dan cinta
Makna patuh juga setia
Dari manusia bergelar 'kita'

No comments:

Post a Comment