Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Tuesday 21 April 2015

Kisah Kau & Aku

Dalam puisi ku sebut namamu
Dalam nafas Ku hembus auramu
Dalam mimpi Ku igau figuramu
Setiap saat mencuri pandanganku

Getar hatiku bukan kerana cinta
Senyum bibirku bukan kerana bahagia
Resah hidupku bukan kerana sengsara
Kerna hadirmu bukan demi kasih mahupun luka

Kau istimewa
Di mata wanitaku
Kau laksana Raja
Di hati perempuanku

Umpama kekasih lama yang baru bertemu
Kau bagaikan bayang mengikut langkahku
Aku bak malaikat mengintai jejak hidupmu

Seperti diari yang harus ku tulis
Seperti kanvas yang perlu ku lukis
Seperti arca yang teliti Ku ukir
Itulah caraku membentuk kisah kita
Tiada istilah metafora cinta

Kerana kita bukan selayaknya pasangan bercinta
Yang akan gagah atau lemah berduka
Kita hanya kenal tangis dan ketawa
Dan bebaskan hidup diatur masa
Lalu biarkan kenangan sentiasa tercipta

Kamu...
Yang membawa separuh dari jiwa pergi
Yang hidupkan hati yang pernah mati

Aku...
Yang masih mengalir air mata
Bila jasadmu menjauh tiada
Yang masih tersenyum gembira
Bila kau selalu ingin bersua
Biar dalam mimpi atau nyata

Kita...
Hubungan yang tiada definisi makna
Hanya bahagia kita yang rasa
Biar bayu bawa pergi samudera hati
Hingga suatu ketika, bahagia ini tiada wujud lagi

Kerana kita pasti...
Jiwa ini pasti terpisah
Yang tinggal hanya kenangan indah
Potretkan ia jauh di sudut hati
Bagaikan bingkisan sebuah memori
Agar saat rindu datang kembali , kau bisa menyapa diriku lagi










No comments:

Post a Comment