Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Tuesday 21 April 2015

~ BUSYRO ~

Maafkan aku
Tak pernah bertanya dukanya kamu
Tak pernah berkongsi saat bahagia bertamu
Tak pernah peduli huluran nasihatmu

Terima kasih sahabat
Ajarku erti cinta
Ajarku erti bahagia
Ajarku tentang hormat pada seorang sahabat
Ajarku sabar pada seorang teman rapat

Akan ku bayar tiap titisan nasihat yang kau beri
Menjadi wanita yang elok peribadi
Menjadi teman yang menghargai
Menjadi manusia yang berbudi pekerti
Demi kau,demi aku dan Ilahi

Busyro....
Kau membawa 'khabar gembira' di hati yang lara
Seperti kicauan burung di subuh kala
Bermain variasi muzik di sisi jendela

Namamu pasti kukuh dalam doaku
Menjadi seni tiap 5 waktu
Menjadi bahagian dalam sujudku
Dan 'SUATU' yang hilang dulu pasti tidak akan berlalu


No comments:

Post a Comment