Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Saturday 7 February 2015

Usah Tanya

Usah tanya mana kekuatan
Bila lumpuh dimamah ujian
Tanyalah aku erti keberanian
Bila ku bangkit gagah sendirian

Usah tanya kenapa sendirian
Melawan dunia perlukan teman
Ajar sahaja aku erti perjuangan
Mengikat dunia hingga tertawan

Usah tanya mana timbul semangat
Bila senyumku terus terlihat
Selamilah jiwa yang kadang penat
Rungkaikan simpulan lihatlah dekat

Usah terus bertanya
Usah terus mengata
Fahami dengan bijaksana
Dekati dengan penuh mesra
Kerana kita punya cerita berbeza
Tak akan sama lihat dan rasa
Tak akan sama sakit dan suka
Tak akan sama sejarah dan rahsia

Kalau kau pilih untuk sakitkan jiwa
Usah tanya DOAKAN SAJA!




No comments:

Post a Comment