Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Saturday 9 August 2014

Muhasabah

Sepasang mata melilau
Sudah lama ditinggalkan cahaya silau
Namun tetap diulit gelisah
Malam itu membawa resah

Kenapa diri tak dijemput lena
Sedang semua bermimpi indah
Harus aku bangun untuk sujud padaNya
Atau berangan sampai tak sudah

Risau andai dipanggilNya
Sedang aku tak bersedia
Sungguh tak bersedia bertemu !
Monologku hanya di tempat beradu

Ku biar malam sendiri
Biar ia bicara dengan hati
Berapa banyak dosa ku ukiri
Di atas pentas kecil bumi

Beri ku rahmat kasihan
Bertaubat hilangkan dosa dan kelalaian
Beri ku ketenangan
Meyakini diriMu sebaik-baik pemberi kemaafan

Ku muhasabah dalam pembaringan
Harap esok diberi kesempatan
Perbaiki diri dan jua amalan
Menjadi manusia disayang Tuhan


Sabtu 09082014
2.49 a.m


No comments:

Post a Comment