Selamat datang ke blog PENSEL PATAH . Terima kasih kerana meluangkan masa anda di sini. Frasa dari hati hanya untuk anda yang mengerti. Selamat membaca. Semoga anda mendapat manfaat

Saturday 9 August 2014

Doa Si Penakut

Malam yang panjang
Aku masih mengira bintang
Berkira-kira mahu lelapkan mata
Penuh bahagia....

Tepat jam tiga
Sepi di ruang sunyi
Sayup-sayup bunyi di udara
Kapal terbang mendarat dinihari

Di Gaza
Singkat malam kian terasa
Bila warna siang malam tiada beza
Mengharap di balik awan cahaya bintang
Hanya percikan bom memenuhi ruang
Penuh duka...

Gerun membayangkan kau di sana
Tiada erti mimpi di balik lena
Sepanjang masa bunyi berlegar
Tiada ruang sunyi tidak bergegar

Tabah duhai Gaza
Si penakut ini lontarkan doa
Bila mereka merampas jiwa
Si penakut ini mampu berusaha
Memboikot harta hingga mereka papa

Lafaz ikhlas dari si fakir
Di sudut hati 'syukran' terukir
Kau sedarkan ku tentang hari 'akhir'
Kau dekatkan ku dengan pencipta
Doaku moga kita bersaudara di syurga



1 comment: